Friday, June 6, 2008

no pain no gain

semenjak starlet aku tu masuk bengkel buat body dan nak cat balik, skrg baru aku tau yg ada byk lagi rahsia bahawa bukan senang nak buat balik keta lama jadi nampak cantik..... biasanya tgk dlm internet, keta2 dari website keta luar, keta diaorg perghhh....meleleh tgk camne diaorg restore balik tapi takde pun yg nak citer perkara2 terselindung yg org lain tak nampak...

masalah pertama aku adalah.......camne aku nak susun jadual apa yg perlu buat dulu, apa yg kemudian, dan mcmana kalau plan A gagal, kena ikut plan B pulak....memang tension sebenarnya. sbg contoh tgk kes aku ni....

aku kena cari 3 bengkel yg berlainan utk repair body, repair/cuci enjin dan cat body kereta......masalah kedua aku bila aku dah survey byk tempat dan kebanyakannya bengkel2 tu akan letak keta customer kat luar kedai......ini sudah bahaya...mana tau kot2 kena pecah ke, kena curi ke.....lagi nangis...

alhamdulillah, setelah 2 minggu cari,ketiga-tiga bengkel tu semuanya berdekatan dgn rumah aku jadi senang la utk aku monitor hasil kerja pomen2 tu setiap kali balik kerja...masalah ketiga pulak adalah kdg2 time pomen free tak selari dgn time kita free.tak termasuk pomen yg buat keja sambil lewa dan pomen balik kampung bercuti.....jadi keta aku kena la tinggal kat mana2 bengkel lain dulu...dan kena ingat.......setiap kelewatan/delay tu sebenarnya makan duit dlm diam.

masalah keempat pulak bila aku terpaksa terkejar sana sini utk bahagikan masa antara hal2 peribadi, hal2 keluarga, hal2 kwn2 forum dan hal2 kereta. bila sampai tahap ni kalau korang jadi aku pun mungkin boleh giveup utk teruskan projek ni...


kalau ikut turutan sepatutnya mcm ni....

1. buat body, buang karat, weld mana2 part yg dah teruk,buka windscreen dpn dan tukar getah
2. lepas siap buat body terus hantar bengkel enjin utk bawak keluar enjin dan cuci
3. buka semua part2 yg nak di cat sekali
4. tow starlet ke kedai cat, kena tgu sampai siap
5. tow balik ke bengkel enjin, tgu sampai siap
6. masukkan balik enjin dan susun balik wiring
7. pergi balik bengkel body utk pasang balik windscreen depan
8. baru boleh bawak balik rumah...dan pasang balik mana2 part yg tertinggal....

No comments: