Wednesday, June 25, 2008

pembaziran terbuka & tekanan & cadangan

PEMBAZIRAN

hari ni aku taknak komen apa2 pasal kereta atau pun progres starlet ni tapi cuma nak share pandangan aku pasal main kereta lama ni.....


dari 2 kereta lama yg aku pakai (KP61 dgn KE70), diam tak diam rupanya byk yg telah aku laburkan pada kedua2 keta tu.....kebanyakan brg2 utk maintain condition keta tu supaya dlm running condition.

tapi dlm byk2 barang yg dah aku beli tu, rupanya ada juga brg2 yg 'beli tapi tak boleh pakai' takpun ' beli tapi tak tau bila nak pakai'. hal2 sebegini aku rasa aku fail utk buat planning yg betul. mungkin jugak aku rasa ilmu tak cukup tinggi ataupun perasaan takut tak boleh jumpa lagi brg2 tu. almaklum la brg2 keta lama ni kan rare.

aku tak pasti kalau org lain pun rasa benda yg sama. mungkin jugak aku takde benchmark sebagai rujukan utk project2 mcm ni jadi lebih byk 'trial an error' method jer.ok itu ajer pandangan aku pasal pembaziran....


TEKANAN

kalau kita tgk chanel 734 (DRT) kat astro, rancangan American Chopper takpun HotRod Boyd Coddington, setiap project yg diaorg buat tu bila time weekend jer, diaorg akan pergi outing, tak kira samada pergi fishing ke, pergi naik kenderaan masing2 jalan2 dlm town ke, pergi layan motorcross ke..........

mula2 dulu aku ingat benda2 tu tak penting, tapi skrg baru aku tau pentingnya benda2 tu iaitu melepaskan tekanan tempat kerja supaya otak blh relax sket dari memikirkan hal2 yg sama ajer....

masalah skrg ni, biarpun kereta aku ada kat kedai dan tgn org lain yg buatkan, bukan tak percaya kat org lain, tapi hakikatnya aku kena jugak sama2 buat supaya aku blh nampak progres dan aku blh dpt apa yg aku nak.jadi masa yg aku ada cuma waktu mlm selepas 8pm dan juga weekend whole day.

kat sini lah berlaku tekanan tu dimana kita patut habiskan masa utk perkara lain pada weekend tak kira bersama keluarga atau rakan2 selain dari hal2 projek.....supaya balance sket kehidupan kita ni.kdg2 rasa bersalah jugak bila terpaksa tinggalkan keluarga utk hal mcm ni..........tapi selagi tak siap selagi tu lah aku tak blh nak setelkan tekanan2 ni...

jadi solution yg aku nampak kat sini, kat msia ni mmg susah utk buat projek2 mcm ni kalau kita takde garaj sendiri ,tool sendiri dan jugak kemahiran sendiri..........itu perbezaan antara kita dgn budak2 usa yg semuanya blh buat sendiri....

CADANGAN

ini cadangan aku pada sapa2 yg rasa nak buat projek olskool restoration mcm aku ni utk mengurangkan masalah.....sekiranya nak hantar kat kedai la......

kalau boleh try cari bengkel body repair, bengkel spray cat dan bengkel enjin yg berdekatan dgn rumah......kalau kedai tu sebelah menyebelah lagi bagus takpun kalau kedai tu blh buat semua sekali pun lagi bagus. bagus dari segi logistik.....ko tak perlu berulang alik byk kali.

dan pastikan kedai2 tu dari segi appearance dan fizikal nampak kemas, tak serabut sangat........kalau yg serabut ni, contoh, kalau ko terjatuhkan skru ajer, nak cari balik makan jam....

dan lagi satu cadangan.....pastikan ketiga2 kedai tu, sanggup simpan keta ko dlm kedai, bukannya park kat luar kedai jer....

bye...

No comments: