Sunday, June 29, 2008

pencarian rim mangkuk

mula2 sekali yg aku ingat la dlm tahun 2005......rim mangkuk pertama yg aku beli ialah enkei apache 14x6 rm400 dan wedsport albino 14x7 rm400 jer di raub,pahang. masa tu mmg takde sapa2 pandang pun rim mangkuk ni kat kedai potong pasal org tak start main lagi keta2 olskool ni....

lepas daripada tu, semangat nak beli lagi rim mangkuk ni makin membuak2. apatah lagi aku sentiasa ada duit lebih hasil jual stereng2 sport dulu.....blh dikatakan habis semua kedai potong kat klang valley aku pergi utk cari rim mangkuk......style aku pulak, kalau aku jumpa yg lagi best, aku akan jual mana2 yg tak best....

dan bila dah tak jumpa rim mangkuk ni kat kedai potong, aku dpt idea utk cari kat kereta org2 tua kat area kampung2, maka secara automatiknya muka aku ni dah kalis malu dah dok stop keta org, tanya kat org nak jual atau tak dan keluar masuk kampung yg tak pernah aku sampai.




dan seingat aku la, dah lebih 20 set rim mangkuk dah yang aku pernah pakai antaranya......

riken mesh 16x7 +0,ssr mesh, volk mesh, enkei apache, hoshino racing,enkei apollo, enkei banana, ssr mk1, ssr mk2, longchamp xr4, work ewing,ssr exc,work equip 01, enkei HR, MIT, techno phantom, techno racing, rs watanabe rs8, black racing banana, zerospeed, wonder rabbit, hayashi street, jrd,asahi, enkei ap, enkei focus racing, shelby racing dan mcm2 lagi yg aku dah lupa dah. ada juga model yg sama yg pernah aku pakai sampai 3-4 kali.....cthnya mcm ssr mesh tu ada la dlm 4 set, volk mesh dlm 2 set, watanabe dlm 3 set, ssr mk1 dlm 2 set dan jrd 3 set....

jadi bila aku dah minat sangat rim2 mangkuk ni, kdg2 dgn hanya tgk jer rim tu pakai tayar saiz apa, pastu brp terkeluar dari body keta, aku dah boleh agak brp offset rim mangkuk ni........bukan nak riak atau membangga diri tapi kdg2 tu, ramai yg berlagak pandai tak kena tempat.....

tu pasal kdg2 bila ada org kata dia ada jumpa rim mangkuk kaw-kaw punya offset, aku kurang percaya sikit pasal ramai yg salah faham maksud offset tu. ramai yg anggap lips atau bibir rim tu sebagai offset......

skrg ni dah tahun 2008.......nak jumpa rim mangkuk samada kat kedai potong,kedai tayar mahu pun dlm ceruk kampung mmg dah susah kerana demam drift dan demam nak pakai ereta lama yg tarik blkg ni dah melanda negara, jadi nak tak nak, skrg ni mmg kita kena terima hakikat harga rim mangkuk ni dah tak murah lagi kerana kekurangan stok....

1 comment:

hafedz said...

Hye bro.. bro.. nk tanya.. sy pakai ae101.. nk jugak rase pakai rim lebar .. 15x8jj offset 20.. ok x bro? Ade pape masalah x bila pakai rim lebar..